Kadang-kadang bila nak masak something special untuk keluarga, tak perlu pun yang fancy atau susah. Nasi Arab pun dah cukup. Bahan simple, cara masak senang, tapi bau rempah dia memang boleh buat satu rumah terus lapar. Sesuai bila ada keluarga datang melawat atau bila nak tukar selera. Jom buat Nasi Arab versi simple ni.
Bahan-bahan sup ayam:
- 1 inci halia
- 1/2 inci kunyit
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar jintan manis
- 2-3 ayam whole leg
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- Air secukupnya
Bahan-bahan Nasi Arab:
- 2 cawan beras basmathi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 1 sudu besar minyak sapi
- 2 cawan sup dan 2 ketul ayam
- Pewarna saffron
- Arang

Cara-cara buat sup ayam:
- Kisar halia, kunyit, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, jintan manis dengan sedikit air.
- Masukkan ayam dalam periuk.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kemudian tambah garam, serbuk perasa dan air untuk kuah.
- Rebus ayam sehingga empuk, kemudian angkat dan toskan.
Cara-cara masak nasi Arab:
- Rendam beras basmathi selama 30 minit dalam periuk.
- Tumis minyak sapi, bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi dan layu.
- Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk berisi beras kemudian masukkan sup ayam, ayam dan masak nasi seperti biasa.
- Bila nasi sudah masak, keluarkan ayam kemudian gaul nasi sedikit sebelum masukkan pewarna saffron.
- Letak mangkuk steel dalam periuk berisi nasi kemudian masukkan arang dalam mangkuk.
- Kemudian tutup periuk nasi selama 10 minit untuk tambahkan lagi aroma.
- Nasi Arab sedia dihidang bersama salsa, salatah dan sup.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 50 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











