Menu Mudah Makan Tengah Hari – Ikan Siakap 3 Rasa ala Thai

Pening tak tahu nak masak apa untuk menu tengah hari? Takpe! Ni haa sis kongsikan resepi yang mudah iaitu Ikan Siakap masak Tiga Rasa! Bila masak hidangan ni confirm terus naik selera tu. Jangan lupa siap-siap masak nasi putih dengan telur dadar. Barulah lengkap kombinasi hidangan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Sedikit tepung jagung
  • Akar ketumbar
  • Serai
  • Pes chilli untuk tomyam
  • Sos thai
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Daun Limau
  • Cili potong
  • Nenas
  • Tomato
  • Timun
  • Daun ketumbar
  • Ikan siakap

Cara Penyediaan:

  1. Ikan lumur garam kunyit (kalau ada tepung jagung) boleh lumurkan sekali, kemudian goreng garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, akar ketumbar & serai hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan pes chilli untuk tomyam dan kacau sebati.
  4. Masukkan sos thai, sos cili, sos tomato, sos tiram, sedikit air dan kacau sebati.
  5. Masukkan sos ikan.
  6. Masukkan daun limau, cili potong, nenas, tomato, bawang holland, timun dan gaul sebati.
  7. Masukkan gula somtam, maggi secukup rasa dan kacau lagi.
  8. Akhir sekali, masukkan air perahan limau dan kacau sebati. Siap!
  9. Kemudian boleh tuangkan kuah atas ikan yang telah siap digoreng tadi. Taburkan daun ketumbar.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!