TFValue Mart

Menu Ideal Makan Tengah Hari, Ikan Tenggiri Masak Asam

Hii semua! Pernah tak korang terfikir nak masak apa untuk tengah hari ni?

YES! Ini yang Cik Dee nak kongsikan menu. Mudah dan senang nak buat. Yang penting tak mengambil masa yang lama pun nak buat ni. Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam buat semua. Lain lah sikit kan menu kita ni hihi Jom la kita buat! Selamat mencuba yee😎

Bahan:

  • Ikan tenggiri
  • 2 sudu kecil asam jawa
  • 5 – 6 biji bawang merah (dipotong dua)
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia (dihiris nipis)
  • Garam
  • Gula
  • 5 – 6 tangkai cili padi
  • Tomato (dipotong 4)

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan kemudian digoreng.
  2. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Bila dah naik bau, masukkan asam jawa dan secawan air (kalau nak kuah lebih, boleh tambah lagi)
  4. Masukkan cili padi dan tomato. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
  5. Terakhir, boleh masukkan ikan.
  6. Siap! Boleh dihidangkan bersama nasi putih panas.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!