TFValue Mart

Mee Goreng Mamak – Mudah dan Enak!

Hii, kali ni kita nak ajar macam mana nak masak Mee Goreng Mamak. Nak makan berat tapi tak nak nasi, boleh gantikan dengan yang ini! Kalau nak tahu, resepi dari Che Nom ni – memang confirm sedap punya. Masa penyediaan dan masa memasak nampak lama, tapi berbaloi. Sesuai untuk makan petang mahupun makan malam.

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar udang geragau
  • Air

 

Bahan-bahan untuk kacang goreng:

  • 2 sudu besar kacang tanah
  • 2 sudu besar minyak masak

 

Bahan-bahan lain:

  • ¼ cawan minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • ½ cawan air rebusan daging
  • Sayur sawi
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 biji tomato
  • 1 biji kentang rebus
  • Garam
  • 1 paket mee kuning
  • 1 sudu besar kicap pekat karamel
  • 2 biji telur
  • Perahan limau nipis
  • Sayur taugeh
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Limau nipis
  • Bawang goreng

 

Cara penyediaan:
Cara-cara untuk mee goreng mamak:

  1. Kisar halus hirisan bawang merah, bawang putih, udang geragau, cili kisar dan sedikit air dalam pengisar
  2. Rebus kentang dan daging sehingga lembut. Pastikan air rebusan daging disimpan di tepi
  3. Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus
  4. Masukkan serbuk kari daging dan air rebusan daging lalu kacau sehingga semua bahan dimasak dan pecah minyak
  5. Masukkan batang sawi, sos cili, kicap manis, kicap cair, sos tiram, serbuk lada sulah dan hirisan daging
  6. Masukkan potongan tomato, serbuk kacang tanah dan tambah sedikit air rebusan daging
  7. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun sawi, mee kuning yang telah dibilas dan kicap pekat karamel
  8. Tolak mee ke tepi dulu dan masukkan telur dan perah sedikit jus limau nipis di atas mee
  9. Masukkan taugeh dan ubi kentang rebus
  10. Hidangkan dengan taburan daun bawang, cili merah, bawang goreng, serbuk kacang tanah dan hirisan limau nipis

 

Cara-cara untuk goreng kacang:

  1. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan kacang tanah sehingga masak dan kulit kacang berubah menjadi gelap lalu angkat dan toskan minyak
  2. Selepas kacang sudah sejuk, tumbuk kacang sehingga menjadi serbuk dan hidangkan atas mee

Tips:

  • Udang geragau boleh digantikan dengan udang kering
  • Lepas memotong batang sawi, tekan batang sawi itu sedikit supaya mudah lembut dan mudah meresap rencah tumis apabila dimasak

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!