Skip to main content

TF Value Mart

Resepi Mee Celup Thai Sedap & Simple (Ala Siam) | TF Value Mart

Resepi Mee Celup Thai Original (Al-Siam)

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thai, mi celup merupakan menu utama yang sering dipesan oleh pelanggan. Kalau tak order mee celup thai memang tak sah! Rasa sup daging ala siam yang pedas dan masam memang sesuai dengan cita rasa kita semua. Satu mangkuk gerenti tak cukup!

Gambar Mee Celup Thai Sedap

Kalaulah dapat masak dekat rumah sendiri lagi puas hati. Jom kita cuba resepi mee celup simple tapi padu ala Fatin Shaida ni. Makan puas-puas dengan family baru umph!

Bahan-bahan Mee Celup:

Bahan resepi mee celup simple

  • Ayam atau tulang daging lembu (untuk rasa manis asli)
  • Meatball / bebola daging (dicelur)
  • Perencah sup Thai (plastik oren – bahan mee celup rahsia)
  • Daun ketumbar, daun bawang, dan daun sup
  • Sayur: Kangkung, sawi, atau taugeh
  • Pilihan Mee: Mee Kuning, Kueh Tiaw Celup Thai, atau Bihun

Kondimen Penambah Rasa (Kasi Umph!):

Bahan sampingan mi celup

  • Cili jeruk (cili besar hijau) & Cili api
  • Kacang tanah (tumbuk halus) & Serbuk cili
  • Bawang putih goreng & Bawang putih jeruk (bersama airnya)
  • Kicap sotong Thai & Kicap soya manis

Cara Masak Mee Celup Kelantan / Thai:

  1. Sediakan Kuah: Masukkan air ke dalam periuk bersama ayam dan bahagian tulang. Tulang lembu akan membuatkan kuah mee celup rasa lebih manis dan berminyak.
  2. Masukkan akar daun ketumbar dan perencah Thai. Perasakan dengan garam, ajinomoto, dan kicap pekat untuk warna kuah yang gelap menarik.
  3. Masukkan bawang putih goreng dan bawang putih jeruk. Biarkan mendidih lama sehingga aroma naik. Akhir sekali, tabur daun ketumbar.

Cara buat kuah mee celup thai

Cara Buat Perencah Penambah Rasa:

  1. Cili Jeruk: Potong cili hijau halus-halus dan rendam dalam cuka makan.
  2. Cili Serbuk Tumis: Panaskan minyak, masukkan serbuk cili selama 1 minit dan tutup api. Pastikan minyak lebih supaya tidak kering.
  3. Sambal Cili Api: Tumbuk atau blend cili api bersama sedikit cuka dan air masak.

Kondimen mee thailand

Cara Menghidang: Celur mie celup pilihan anda bersama sayur. Masukkan ke dalam mangkuk, tuangkan kuah panas, dan tambahkan semua kondimen tadi. Jangan lupa perah limau untuk rasa mee thailand yang sebenar!

Semoga perkongsian resepi mee celup ini bermanfaat! Pastikan uols dapatkan bahan-bahan segar di TFVM. Sejak 1957, kami kini mempunyai 35 cawangan seluruh Malaysia untuk memudahkan uols masak hidangan kegemaran keluarga SETIAP HARI!