Mudahnya buat Matcha Burnt Cheesecake menggunakan Air Fryer! 

Bosan tak tahu nak buat kek apa untuk minggu ini? 

Takpe! Meh sis kongsikan cara-cara nak buat Matcha Burnt Cheesecake. Sama je proses macam kita buat Burnt Cheesecake cuma untuk resepi ini kita tambah matcha sahaja. Tak perlu guna oven pun! Senang bila ada Air Fryer ni, pelbagai masakan kita boleh buat. Berbaloi! 

 

Bahan- bahan:

 

  • cream cheese 250g
  • gula halus 50g
  • Telur 3 biji
  • Tepung gandum 20g
  • Tepung Matcha 5g
  • whiping cream 125ml

Cara buat:

  1. Blender semua bahan hingga lembut (tapis 2 kali sehingga rasanya halus)
  2. Butter utk elak melekat kat loyang
  3. Masukkan adunan dalam loyang 6” inch. Ketuk dengan ringan.
  4. Masukkan dalam AF.
  5. Panaskan Air Fryer selama 5minit dgn suhu 170c
  6. Suhu AF 170c 25 minit
  7. Dah siap. Biarkan kek sejuk.
  8. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam untuk memudahkan kita potong kek dan rasanya lebih sedap jika dimakan sejuk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!