Bila orang nak mai rumah ni kan, kalau boleh nak lah hidangkan masakan yang memudahkan diri sendiri. Ye lah kalau tak cukup nanti, nak masak untuk 2nd round pun senang, campak campak siap! Maklumlah bila nak panggil orang datang rumah terbuka ni, mestilah nak kena siap sedia kemas rumah, cuci toilet…betul tak?
Tak apa sis bantu semua. Kita masak simple-simple tapi menarik, Makaroni Goreng Pedas untuk selera kita-kita yang tekak melayu ni. Yang best resepi ni semestinya daripada influencer terkenal, tak lain tak bukan Khairul Aming lah hehe. Sembang panjang lebar, apa kata kita mula sekarang yuh.
Bahan-bahan:
- Macaroni
- Garam
- Air
- Dua keping daging cincang/burger
- 3 biji sosej
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 s/b cili boh
- 1 s/b sos tiram
- 2 s/b sos tomato
- 2 s/b sos cili
- 2 s/b kicap manis
- Cili padi
- Daun sup
Cara-caranya:
- Panaskan air, masukkan sedikit garam. Rebus Makaroni.
- Tumis dua keping daging cincang. Masukkan sekali sosej yang telah dipotong nipis. Goreng hingga garing.
- Masukkan 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, cili boh, 1 sudu sos tiram, 2 sudu sos tomato, 2 sudu cili sos, 2 sudu kicap manis. Gaul sebati.
- Masukkan makaroni yang sudah direbus awal tadi.
- Tambahkan garam (jika perlu).
- Tambah cili padi dan daun sup. Siap!
Ha nampak sedap kan? Boleh cuba okay uols. Kalau nak dapatkan bahan-bahan seperti diatas boleh laju-laju ke TF Value-Mart berdekatan anda, kita ada 42 cawangan kesemuanya. Semestinya TF Value-Mart pilihan No 1 dihati sejak 1957!