TF Value Mart

Lauk Ayam Masak Merah, Mudah & Terpaling Femes ketika Ramadan

Hi semua! Macam mana puasa korang untuk beberapa harini? So far so good? hihi Alhamdulillah, kita dah sampai di pertengahan bulan Ramadan. Sikit lagi dah nak raya. Sis pulak yang eksaited haha Tapi sebelum tu ni sis ada kongsikan resepi #terpalingpadu masa bulan ramadan iaitu Ayam Masak Merah! Confirm akan terus naik selera korang. Moh ler buat, tunggu apa lagi tu? Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • ½ mangkuk air asam jawa
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • Anggaran 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk kisar halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 6-8 bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

Cara penyediaan:

  1. bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan gula melaka. masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5 – 10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau seketika.

Tips:

 

Pastikan bahan tumis tadi dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!