Laksa Penang Power & Kaw!

Laksa ni ada banyak versi tapi kali ini kita kongsikan resepi untuk buat Laksa Penang. Kuah dia yang pekat, masam, pedas dan beraroma memang mampu buatkan ramai terliur, siap bertambah dan hirup habis la kuah dia! Jadi tunggu apa lagi tu? Jom siap pergi beli barang-barang dan standby buat kat rumah. 

Bahan-bahan: 

  • Bahan untuk direbus: 
  1. 1kg ikan kembung 
  2. 5 keping asam keping 
  3. Air secukupnya

 

  • Bahan kisar (A): 
  1. 5 biji bawang merah 
  2. 1 biji bawang merah 
  3. 4 ulas bawang putih 
  4. cili padi
  5. 25 biji cili kering, buang biji dan rebus

 

  • Bahan kisar (B): 
  1. Isi ikan kembung 
  2. Air rebusan ikan kembung 
  3. Asam keping dari rebusan ikan

 

  • Bahan kisar © :
  1. Isi ikan sardin tin kecil 
  2. Sedikit air

 

  • Bahan kisar (D) : 
  1. Tulang ikan kembung 
  2. Sedikit air

 

  • Bahan kisar (E) : 
  1. ½ biji nenas 
  2. Sedikit air 

 

  • Bahan untuk sediakan kuah laksa : 
  1. ½ liter air. 
  2. bahan kisar A,B,C,D & E
  3. ½ mangkuk air asam jawa 
  4. 1-2 kuntum bunga kantan, belah 4 
  5. 1 ikat daun kesum
  6. Sektul belacan bakar (sebesar ibu jari) 
  7. 2 sudu besar petis 
  8. Garam
  9. 1 ketul kecil gula melaka

 

  • Bahan untuk laksa : 
  1. 1 pek laksa kering 
  2. Air secukupnya 

 

  • Bahan untuk taburan atas laksa : 
  1. Daun salad
  2. Daun selom 
  3. Timun 
  4. Bawang besar 
  5. Cili Padi 
  6. Cili Merah 
  7. Limau nipis 
  8. Nenas 
  9. Telur rebus

 

Cara Penyediaan : 

  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan. 
  2. Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. Simpan air rebusan dan asam keping. 
  3. Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D & E. Untuk bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja. 
  4. Masukkan ½ liter air dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 
  5. Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D & E. 
  6. Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa. 

 

     7. Cara-cara untuk rebus laksa : 

  • Rendam laksa dalam air sehingga lembut. 
  • Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis. 

 

     8. Cara-cara untuk bahan taburan: 

  • Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas. 
  • Rebus telur, kupas kulit dan belah 2. 
  • Potong limau nipis. 
  • Laksa sedia untuk dihidangkan. 

Tips: 

  1. Kalau nak guna ikan selayang segar atau ikan parang sebagai ganti pun boleh. 
  2. Jangan letak gula banyak sangat sebab tak nak kuah laksa manis. Cukup sekadar imbangkan rasa kuah. 
  3. Bilas sikit laksa yang sudah direbus dengan air sejuk supaya hilang kanji laksa dan tidak lembik bila dihidangkan. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!