Resepi Laksa Johor Original
Masih terfikir menu apa nak buat untuk rumah terbuka atau jamuan keluarga nanti? Apa kata korang cuba buat Laksa Johor ni. Fuh, baru sebut dah buat kecur liur! Resepi Laksa Johor simple yang kami kongsikan ni sangat mudah diikuti dan confirm sedap. Kalau nak tahu rahsia Laksa Johor original yang pekat dan berlemak, jom kita semak bahan-bahannya.
Bahan Laksa Johor:
- 1 laksa paket (Spaghetti – ciri khas Johor Laksa)
- 1kg ikan buat laksa (Ikan sardin atau selayang)
- ¾ cawan rempah kari ikan (Babas)
- ½ cawan cili kering yang dikisar
- ¾ cawan udang kering (cuci bersih, keringkan dan kisar)
- 2 cawan santan pekat & 3 cawan air
- 1 sudu besar kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan Kisar (Aroma Kuah Laksa):
- 5 batang serai, 2 inci halia & 2 inci lengkuas
- 5 biji bawang besar
Ulam-ulaman & Bahan Sampingan:
Laksa tak lengkap tanpa ulam yang segar. Sediakan bahan-bahan ini:
- Timun, Taugeh & Kacang panjang
- Daun kesum atau daun selasih
- Lobak asin (Cai por) & Limau Kasturi
Cara Buat Kuah Laksa Johor:
- Penyediaan Ikan: Bersihkan ikan, kemudian kukus. Simpan air kukusan tersebut. Buang tulang ikan, dan kisar isi ikan bersama air kukusan tadi. Ketepikan.
- Tumis: Panaskan periuk dengan ½ cawan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng selama 1 minit. Tambah sedikit air dan teruskan menggoreng selama 5 minit.
- Masak Kuah: Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian, tuangkan isi ikan yang telah dikisar. Kacau sebati.
- Masukkan air dan santan. Apabila mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
*Nota: Kuah laksa johor mestilah pekat. Sukatan air boleh dilaraskan mengikut kepekatan yang uols suka.

Cara Masak Spaghetti (Ganti Laksa Segera):
- Rebus air dalam periuk dan masukkan sedikit garam.
- Masukkan spaghetti dan rebus sehingga ‘al dente’ (kenyal). Tapis dan siram dengan air sejuk untuk hentikan proses memasak.
- Tuang sedikit minyak dan gaul rata supaya ia tidak melekat.
Sambal Belacan Laksa:
- Tumbuk cili kering yang telah direbus bersama belacan bakar sehingga lumat untuk rasa menu laksa yang lebih kick!

Cara Menghidang: Masukkan spaghetti ke dalam pinggan, taburkan ulam-ulaman, dan tuangkan kuah laksa secukupnya. Perah limau kasturi dan nikmati bersama sambal belacan.
Semoga resepi laksa ini bermanfaat untuk uols semua! Jangan lupa dapatkan bahan laksa yang segar di TF Value-Mart. Dengan 42 cawangan di seluruh Malaysia, kami sentiasa komited menyediakan barangan berkualiti untuk anda SETIAP HARI sejak 1957!











