Masih terfikir menu apa nak buat untuk rumah terbuka nanti? Nahh apa kata korang cuba buat Laksa Johor ni. Fuh baru sebut dah buat Cik Dee terliur haha Resepi yang Cik Dee kongsikan ni katanya sangat mudah untuk dibuat dan confirm sedap! Nak tahu betul ke tak?! Jom cuba.
Bahan-bahan:
- 1 paket spaghetti
- 1kg ikan sardin/selayang
- ¾ cawan rempah kari ikan babas
- ½ cawan cili kering yang dikisar
- ¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
- 2 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- ½ cawan minyak masak
- 1 sudu besar kerisik
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan Kisar:
- 5 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 biji bawang besar
Ulam ulam:
- Timun
- Taugeh
- Daun kesum/daun selasih
- Kacang panjang
- Limau Kasturi
- Lobak asin
Cara Penyediaan:
- Ikan dibersihkan, kemudian kukus. (Air kukus simpan). Kemudian, kisar ikan yang telah dibuang ikan dengan air kukusan tadi. Ketepikan.
- Panaskan periuk, tuangkan ½ cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng selama 1 minit. Masukkan ½ cawan air dan goreng lagi dalam 5 minit.
- Kemudian, masukkan cili kisar dan goreng lagi sehingga terbit minyak dan masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau sebati. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan pula udang kering dan kerisik.
*Kuah laksa johor agak pekat. Jadi sukatan air mengikut dengan kepekatan yang disukai.
Spaghetti:
- Masukkan dalam periuk. Letak garam dalam air rebusan. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Toskan dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.
Sambal Belacan:
- Cili kering – rebus
- Belacan bakar
- Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.
Cara Menghidang:
- Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan tuangkan kuah. Perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk yalls!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk yalls try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!