TFValue Mart

LaiciKang Kaw & Padu

Musim-musim panas ni pekena Air LaiciKang memang padu kan? Sis nak share sikit resepi Air LaiciKang buat semua, sis dah cuba resepi ni berminggu-minggu untuk siapkan LaiciKang buat keluarga tercinta, memang semua suka! Orang kata buat sendiri baru puas hati betul tak? Hehe. Boleh cuba hidangkan petang nanti ok, jom kita mula.

Bahan-bahan:

  1. Barli (telah direbus)
  2. Getah Anggur
  3. Kundur
  4. Biji Selasih
  5. Kulat Kering
  6. Kismis
  7. Longan kering (rendam 5 minit)
  8. Kacang Shandong
  9. Kurma merah
  10. Gula Batu
  11. Gula kabung

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk & masukkan air secukupnya. Masukkan gula kabung, gula batu, longan kering, getah anggur & kulat kering. Biarkan sehingga gula melaka cair.
  2. Seterusnya masukkan semua bahan dalam periuk kecuali kacang shandong & kismis. Boleh masukkan daun pandan (jika perlu).
  3. Bila semua bahan mendidih, tutup api dan taburkan kacang shandong & kismis.
  4. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk/jug air.
  5. Untuk hidangan sejuk, tuangkan LaiciKang ke dalam ais dan masukkan hiasan tambahan – Laici, nata de coco & puding berperisa buah.

 

Sedapnyaaaa! Memang sejuk tekaklah lepas pekena air LaiciKang ni. Kalau korang nak tambah bahan-bahan lain ikut citarasa pun boleh. Yang penting jangan lupa untuk dapatkan barangan harian anda di mana-mana 42 cawangan TF Value-Mart berdekatan. TF Value-mart sememangnya pilihan terbaik untuk anda!