Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan: Serimuka Pandan Paling Mudah
Kuih Seri Muka merupakan antara kuih tradisional yang paling popular, terutamanya ketika bulan Ramadan. Bagi uols yang baru belajar, jangan risau! Sis kongsikan resepi kuih seri muka sukatan cawan supaya uols tak blur nak sukat bahan. Memang menjadi!
Pulut seri muka ini dibentuk dengan dua lapisan; lapisan bawah putih yang lemak masin dan lapisan atas serimuka pandan yang manis dan wangi. Jom kita tengok cara buat kuih seri muka yang jimat dan sedap ini.

Bahan-bahan Lapisan Bawah (Pulut)
- 3 cawan beras pulut (rendam 1 – 2 jam)
- 3 cawan santan cair segar
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu teh minyak masak
Cara Membuat Lapisan Bawah:
- Toskan beras pulut sehingga kering. Sediakan loyang dan sapukan minyak di sekelilingnya.
- Satukan beras pulut, santan, garam, dan minyak di dalam loyang. Gaul rata.
- Kukus selama 30 minit. Kacau sesekali supaya masak merata.
- Apabila masak, tekan pulut sehingga padat dan mampat di dalam loyang. Sedia untuk lapisan kedua.

Bahan-bahan Lapisan Atas (Pandan)
- 1 cawan tepung gandum & 1 1/2 sudu besar tepung jagung
- 2 cawan santan pekat
- 4 helai daun pandan (kisar dengan 150ml air & tapis)
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 biji telur ayam
- Sedikit garam & pewarna hijau
Cara Buat Sri Muka (Lapisan Atas):
- Campurkan tepung gandum, telur, tepung jagung, santan pekat, garam, dan gula. Kacau sebati.
- Masukkan air pandan dan pewarna hijau. Gunakan whisker untuk ratakan adunan.
- Tips Penting: Tapis adunan supaya tiada bintil tepung. Tuangkan adunan ke atas lapisan pulut tadi.
- Kukus selama 30 minit. Balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya air tidak menitik atas kuih.
- Setiap 10 minit, buka penutup pengukus seketika untuk buang wap air.
- Apabila masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong mengikut citarasa anda.

Semoga perkongsian resepi serimuka pandan sukatan cawan ini bermanfaat! Kalau teringin nak makan kuih serimuka pandan yang segar, uols dah boleh buat sendiri di rumah. Lebih jimat dan puas hati!
Dapatkan bahan-bahan segar seperti santan dan beras pulut di TF Value-Mart (TFVM). Kami telah menyajikan produk berkualiti sejak 1957 melalui 37 cawangan (kini 48 cawangan!) di seluruh Malaysia. Jangan lupa singgah ke TFVM untuk barangan segar SETIAP HARI!











