TF Value Mart

Kuih Raya Kegemaran Sepanjang Zaman!

Raya semakin dekat! Kuih raya dah ready ke belum? Kalau belum, ini masanya untuk tambah satu lagi resepi mudah 😜 Bagi anda yang suka biskut yang rangup dan kaya dengan rasa kacang, Biskut Gajus adalah pilihan yang wajib ada dalam senarai anda! Kuih raya klasik ini bukan sahaja sedap, tetapi juga terasa nostalgia Hari Raya. Bau harum biskut yang baru keluar dari oven memang boleh buat satu rumah tak sabar nak rasa 😍

Bahan-bahan:

  • 15 biji gajus
  • 250g mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur kuning
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • Cookie Cutter

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk kacang gajus hingga halus.
  2. Dalam mangkuk, pukul mentega (250g) dan 1 cawan gula halus hingga sebati.
  3. Masukkan kuning telur, kacang gajus yang telah ditumbuk, tepung gandum, dan tepung jagung.
  4. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh dan tekap mengikut bentuk pilihan.
  6. Sapukan kuning telur di atas biskut dan hias dengan kacang gajus.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 15 minit atau sehingga keperangan.

Dan siap!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 49 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!