Kembali lagi dengan resepi pencuci mulut untuk semua! Bila craving kuih, mesti tak tahu nak makan yang mana kan? Haa kali ni kita nak share dengan korang resepi Kuih Puteri Ayu. Resepi ini dari Che Nom, so memang akan sedap punya! Sesuai untuk minum petang! Happy trying korang! ✨
Bahan-bahan
Bahan-bahan lapisan hijau:
- 2 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil ovalet
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- ¼ cawan jus pandan
- ¾ cawan santan kotak
- 1 ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil serbuk penaik
Bahan-bahan lapisan kelapa:
- 2 cawan kelapa parut
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu kecil garam halus
Cara penyediaan:
Cara penyediaan lapisan kelapa:
- Gris sekata acuan dengan minyak masak
- Gaul kelapa parut dengan tepung ubi dan garam halus
- Masukkan adunan kelapa parut dalam acuan dan tekan sehingga padat ke dalam acuan
- Kukus kelapa parut selama 10 minit
Cara penyediaan lapisan hijau
- Kisar halus potongan daun pandan dengan air, lalu tapis jus daun pandan
- Masukkan santan kotak dalam jus daun pandan
- Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik menggunakan ayak (sieve)
- Campurkan telur dan gula kastor sehingga kembang dan adunan menjadi berwarna kuning pucat
- Tambahkan ovalet dan gaul sehingga adunan menjadi putih dan pekat
- Masukkan pewarna hijau, adunan santan dan pandan secara berselang-seli dengan bahan ayak
- Campur semua bahan sekejap sahaja
- Masukkan ke dalam piping bag dan paip masuk ke dalam acuan kelapa parut
- Kukus selama 15 minit atau sehingga kuih kembang
- Kemudian, keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan
- Siap!
Tips:
- Anda boleh terus guna 2 cawan tepung gandum tanpa menggunakan tepung jagung
- Letak garam halus sedikit demi sedikit dan rasa sebelum menambah lagi
- Ikatkan penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan serap ke kain dan tidak kena kuih
- Sekiranya anda tiada piping bag, anda boleh guna ziplock bag yang besar dan potong bucunya
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!