TF Value Mart

Kuih Nona Manis, Klasik & Tak Lapuk Dek Zaman

Mana peminat kuih tradisional kat sini? Serius kuih ni sememangnya menjadi pilihan ramai dan diantara kuih yang cepat habis hihi Untuk entri kali ini, kita nak kongsikan resepi Kuih Nona Manis yang super lembut, licin & cantik daripada sis Ariana Sofia Ahmad! Dari asyik nak membeli je, mari lah sama-sama kita cuba buat kat rumah ye. Jadi atau tak, kita tolak tepi haha Ayuh buat! Selamat mencuba semua 🙌

Bahan A (Langkah 1):

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • ½ cawan gula
  • 1 biji telur

Bahan B (Langkah 2):

  • ½ cawan air daun pandan (air + 4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh pewarna hijau

Bahan C (Langkah 3):

  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Cara penyediaan:

  1. Untuk langkah 1, kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. (boleh guna pemukul tangan). Kemudian, ketepikan.
  2. Langkah 2, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
  4. Masukkan pula pewarna hijau.
  5. Masukkan bahan yang dikisar di langkah 1. Kacau sehingga sebati.
  6. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan. Bila dah sejuk, tapis dan letak dalam botol.
  7. Langkah 3 pula, masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kacau sehingga sebati. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk, tapis dan letak dalam botol.
  8. Sapu acuan dengan minyak supaya kuih tidak melekat dan letak ¾ adunan warna hijau dalam acuan.
  9. Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau ke dalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.
  10. Tips untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin ialah kena bungkus loyang. Buat lubang di sekeliling loyang dengan cucuk guna lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh atas kuih. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  11. Bila kuih sudah masak, tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan.
  12. Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!

';