Cara buat Kuih Lopes
Dah lama rasanya tak buat Kuih Lopes guna cara tradisional. Sekali sekala apa salahnya buat kuih turun temurun ni pakai cara orang dulu-dulu, barulah budaya dan tradisi tak hilang ditelan zaman. Lagipula, sekarang bahan-bahan mudah je nak cari sebab semua ada di TF Value-Mart. Jadi, ayuh kita buat kuih turun temurun, Kuih Lopes!
Bahan-bahan:
- Bahan Kuih Lopes:
- 2 cawan beras pulut
- 1 sk air kapur
- 3 cawan air pandan
- Kelapa Parut
- Garam
Bahan-bahan Air Gula Melaka:
- 1 cawan gula Melaka
- 1 sb gula putih
- Daun pandan
- 1 1/2 cawan air

Cara penyediaan:
- Rendam beras pulut bersama air kapur dan air pandan selama 6 jam
- Selepas 6 jam toskan beras pulut
- Bungkus menggunakan daun pisang dan rebus selama 30 minit
- Selesai rebus toskan sehingga sejuk
- Kukus kelapa parut yg digaul bersama garam
- Buka balutan daun pisang dan salut dengan kelapa dan garam
- Kuih Lopes sedia dihidang bersama air gula Melaka
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











