Welcome back semua, ada tak yang tengah craving kuey teow kerang kat sini? Sebab sis salah seorang nya hehe. Disebabkan itu korang pun kena join sekali memasak resepi khas daripada Sis DaMia hari ini bersama-sama! Pastikan dah beli bahan-bahan dibawah ini secukupnya kalau tak boleh jadi moody ye kalau tak cukup ?
Bahan-bahan:
- 1 biji telur
- Minyak masak
- 1 ulas bawang putih
- ½ biji bawang merah
- 1 s/b cili giling
- 1 s/b sos tiram
- 1 s/b kicap manis
- 1 s/b kicap pekat
- 1 ½ s/b sos cili
- 2 genggam kerang direbus

- 1 genggam daun kucai
- 1 genggam tauge
Cara-caranya:
- Panaskan minyak, masukkan telur & gaul bagi hancur. Angkat & ketepikan dahulu.
- Masukkan minyak masak untuk menumis. Tumis bawang putih & bawang merah.
- Seterusnya masukkan cili giling, sos tiram, kicap manis, kicap pekat & sos cili. Kacau sehingga menggelegak.
- Masukkan kuey teow yang sudah dibasuh, gaul sehingga rata. Masukkan kerang yang telah direbus & telur yang telah digoreng awal tadi.
- Masukkan daun kucai dan tauge. Tutup api dan taburkan secubit garam. Siap!

Resepi ni sangat mudah ye semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











