Kuah Lodeh Sempena Rumah Terbuka Raya

Ha seronok ye tengok semua beraya sakan. Uols team bagi duit raya ke dapat duit raya? Macam sis, sis masih layak dapat duit raya lagi hehe. Tapi yang penting macam biasalah, minggu baru resepi baru. Kali ni sis nak ajak uols semua masak Kuah Lodeh untuk rumah terbuka nanti. Sebab apa? Sebab sis memang peminat Kuah Lodeh! Jadi uols pun wajib kena hasut sediakan hidangan ni untuk para tetamu. Resepi khas daripada Kak Zaidah Ibrahim, macam-macam bahan tau Kak Zaidah letak. Baru lah mmpphh!

Bahan-bahan:

  1. 5 biji bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 s/b udang kering
  4. 2 batang Serai
  5. 15 ekor udang
  6. 2 s/b rempah kari ikan
  7. 1 s/b serbuk kunyit
  8. Tempe goreng
  9. Tauhu goreng
  10. Soh Hun
  11. Kacang panjang
  12. Sengkuang
  13. Lobak merah
  14. Terung
  15. Cendawan hitam
  16. Santan kotak
  17. Air dan garam

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan kisaran bawang merah, bawang putih dan udang kering serta serai yang telah diketuk.
  2. Masukkan rempah kari ikan dan serbuk kunyit.
  3. Biarkan seketika sehingga kuah pekat dan naik minyak.
  4. Masukkan udang yang telah dikopek untuk bagi rasa manis dalam masakan.
  5. Masukkan kacang panjang, sengkuang, lobak merah, terung dan cendawan hitam.
  6. Tuangkan santan secukupnya. Kemudian tuang sedikit air.
  7. Letakkan Soh Hun, masukkan garam bagi cukup rasa.
  8. Biarkan ia masak seketika.
  9. Masukkan tauhu dan tempe yang telah siap digoreng. Biarkan ia masak sehingga sempurna.
  10. Siap untuk dihidang.