Walaupun hari perayaan sudahpun beransur, tapi menu Kuah Kacang tetap menjadi pujaan hati sis. Tak kisahlah nak makan bersama nasi impit ke, cucur udang ke, sate ke..mmpphh lazat! Resepi Kuah Kacang ni sangat simple tau. Boleh buat makan waktu hari minggu~ okay jom kita mula!
Bahan-bahan:
- 500 gram kacang tanah
- 5 biji bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1 genggam cili kering
- 2 batang serai
- Santan
- 1 keping gula melaka
- Sedikit cuka
- Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
- Masukkan kacang tanah dalam kuali.
- Sangai/goreng kacang tanah tadi tanpa minyak. Pastikan api perlahan & selalu kacau supaya ia masak dengan sekata.
- Bila kacang dah garing, boleh angkat & sejukkan.
- Kisar kacang tersebut & jangan terlalu hancur.
- Masukkan bawang merah, halia, cili kering, & sedikit air. Kisar sehingga halus.
- Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar & tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan & kacau sebati.
- Masukkan batang serai yang telah diketuk & gula melaka. Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan kacang yang telah dikisar.
- Tambah sedikit garam & gula secukup rasa.
- Masak kuah kacang tersebut sehingga pecah minyak & selalu kacau supaya tak hangit.
- Masukkan sedikit cuka. Siap!
Resepi Kuah Kacang ni khas daripada Rezeki Dapur Kita. Amacam? Sedap kan! Yang penting sekali, uols gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!