TFValue Mart

Kolak Pisang Gula Merah

Kolak Pisang adalah pengat pisang versi Indonesia. Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga lebih kurang sama. Yang pasti ini hidangan pencuci mulut tradisi yang boleh dipelbagaikan dengan gabungan ubi, pulut hitam, kolang kaling (buah kabung) atau nangka. Mudah dan dijamin sedap!

Bahan-bahan: 

  • 2 biji pisang, dipotong serong
  • 200 gram labu kuning, dipotong dadu 
  • 200 gram keledek, dipotong dadu 
  • 3 sudu besar sagu mutiara (direbus terlebih dahulu)
  • 400 gram gula merah 
  • 1/2sudu teh garam
  • 500 ml santan 
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • Air secukupnya

Langkah penyediaan:

  • Rebus labu kuning, keledek, gula merah, daun pandan, dan garam sampai labu dan keledek empuk. 
  • Tambahkan pisang dan sagu mutiara. Masak atas api kecil sehingga sedikit empuk. 
  • Tambah santan dan gaul seketika. Matikan api sebelum pecah minyak.
  • Siap untuk dihidang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!