Resepi Kobis Masak Lemak Putih: Menu Marhaen Paling Sedap
Menu marhaen Masak Lemak Putih ni kalau kena regunya memang sedap. Padankan dengan nasi panas-panas, ikan goreng dan sambal belacan, memang dijamin terangkat! Masakan sayur masak lemak putih ini juga boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing.
Kalau ada rezeki dapat umbut kelapa memang padu, cuma perlu tambah rempah supaya kuahnya lebih berasa. Tapi kali ni kita kongsi resepi kobis masak lemak yang basic sahaja menggunakan kobis, tauhu, dan tempe. Boleh juga tambah udang basah kalau suka untuk rasa kobis manis masak lemak putih yang lebih asli.
Bahan-bahan Resepi Sayur Lemak:
- 1/2 biji kobis bulat (hiris kasar)
- 1 bungkus tempe (potong kiub)
- 1 ketul tauhu (potong kiub)
- 1 genggam udang kering (rendam dan tumbuk kasar)
- 1 biji cili merah (hiris nipis)
- 3 biji bawang merah (hiris nipis)
- 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- Garam dan gula secukup rasa
Langkah Penyediaan Masak Lemak Sayur:
- Kisar atau tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan bahan yang telah dikisar bersama santan cair di dalam periuk dengan api perlahan.
- Masukkan tauhu dan tempe. Masak sehingga kuah masak lemak putih kobis sedikit mendidih.
- Masukkan kubis putih dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
- Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Pastikan api sentiasa perlahan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya mengikut selera anda.
- Siap untuk dihidang sebagai menu masak apa sedap hari ini!
Tips: Tujuan santan cair dimasukkan dahulu ialah supaya kuah sayur masak lemak tidak berketul atau pecah minyak agar ia masak dengan sekata.
Semoga perkongsian resepi sayur lemak putih ini bermanfaat untuk uols! Stay tuned untuk artikel seterusnya kerana kami akan berkongsi pelbagai lagi resepi sayur masak lemak yang menarik untuk anda cuba.
Dapatkan bahan-bahan yang segar dari TF Value-Mart (TFVM). Kami telah menyajikan pelbagai produk segar untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan di seluruh Malaysia. Jangan lupa singgah, kerana TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!











