Rasa macam baru semalam sambut Hari Raya Aidilfitri, tup tup dah nak sambut Hari Raya Aidiladha pulak! Baru-baru ni Cik Dee ada nampak resepi Kerabu Daging Bakar yang dikongsikan oleh Chef Aizuddin. Nampak macam senang! Moh ler kita cuba yer. Bila dah buat ni confirm satu family suka & minta buat lagi hihi
Bahan-bahan:
- Beef Tenderloin (Indian) (0.5 kg)
- Bawang merah
- Tomato
- Halia
- Serai
- Daun ketumbar
- Sos Cili Thai
- Sos ikan
- Limau Kasturi
- Garam (untuk marinate daging)
- Lada hitam (untuk marinate daging)
- Cili padi merah
- Cili padi hijau
- Minyak zaitun
Cara Penyediaan:
- Perap daging dengan garam dan lada hitam.
- Panggang daging selama 4 minit untuk setiap sisi & rehatkan daging selama 5 minit sebelum dipotong.
- Potongkan bawang merah, tomato, halia, cili padi merah, hijau & serai mengikut potongan julienne ataupun secara memanjang.
- Penyediaan bagi sos pulak, masukkan sos cili thai, garam, sos ikan, jus limau dan minyak zaitun ke dalam mangkuk kecil dan gaul sebati.
- Kemudian, letakkan daging yang sudah siap di potong bersama sos campuran tadi di atas pinggan.
- Akhir sekali, hiaskan dengan daun ketumbar dan siap!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk yalls!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk yalls try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!