TFValue Mart

Kek Tiramisu

Resepi kek tiramisu ni memang leceh sikit. Banyak steps nak buat. Tapi itulah cabarannya kan. Yes, memang boleh beli kat bakery, tapi apa kata kali ni kita try buat kat rumah. Keluarkan bakat MasterChef korang yang dah lama terpendam tu.

Bahan – bahan: 

Kek coklat

  • 4 biji telur
  • 180g gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50g air
  • 30g serbuk koko
  • 100g tepung jagung
  • 80g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 50g minyak jagung / butter cair

 

Cara penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung/butter cair.
  2. Putar adunan sehingga kental dan gebu.  Biasa adunan akan bertukar menjadi warna coklat cair, so korang boleh agak yer.
  3. Perlahankan putaran dan tuang minyak jagung / butter cair.
  4. Putar sekejap dan kaup balik adunan.
  5. Bakar pada suhu 170’c selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan.

Bahan Tiramisu 

  • 250g Cream Cheese
  • 200gm non-dairy Whipping Cream
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 peket instant nescafe
  • 1/2 cawan air panas
  • serbuk koko + Milo

Cara penyediaan Kek Tiramisu:

  1. Potong kek kepada 3 lapisan. Ketepikan. Bancuh nescafe bersama air panas.
  2. Putar cream cheese dan susu pekat sehingga lembut. Masukkan whipping cream. Putar sehingga agak kental.
  3. Untuk layerkan kek tiramisu ni, kita mula dengan tuang nescafe di permukaan kek (1 lapisan). Kemudian sapu keseluruhan permukaan dengan cream.
  4. Taburkan serbuk koko + Milo menggunakan penapis teh. Ulang langkah yang sama untuk lapisan kedua dan ketiga.
  5. Ratakan keseluruhan kek dengan cream dan hiaskan dengan coklat ganache.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!