Siapa sangka yang kita boleh jugak guna periuk nasi untuk buat kek? 😱 Kata orang nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih hehe. Kepada semua kek lover, tak payah dah susah susah beli oven yang mahal ye. Sis pun dah cuba! Memang hasil dia memuaskan hati! Kalau korang cuba, mesti menjadi punya lah. 

Bahan-bahan: 

  • 3 biji telur
  • 90g tepung kek
  • 20ml minyak jagung
  • 60g gula

Cara-cara:

  1. Pukul telur menggunakan mixer dan tambah gula secara perlahan-lahan. 
  2. Terus pukul telur menggunakan kelajuan paling tinggi selama tiga minit.
  3. Tuang minyak jagung dan tepung kek. 
  4. Gaul menggunakan senduk sehingga adunan sebati. 
  5. Tuang bahan-bahan itu tadi dalam periuk nasi dan masak sehingga 20 minit. Siap! Senang kan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!