Rasa leceh nak buat kek? Eh mana ada! Apa kata cuba buat Kek Cheese Biscoff.. Yang bestnya hanya perlu bekukan dalam peti ais dalam 4 ke 5 jam, lepas tu dah boleh hias dan ready to ngap kihkih Nahh Cik Dee kasi resepi mudah yang kita semua boleh follow 👌
Selamat mencuba yalls!
Bahan lapisan tapak cheesecake:
- 20 keping (156gm) biskut biscoff
- 80gm butter (dicairkan)
Bahan cream cheese:
- 500gm cream cheese
- 250ml whipping cheese
- 1 ½ sudu besar gula icing
- 3 sudu besar sapuan biscoff (jenis crunchy)
Bahan hiasan:
- 5 keping biskut biscoff
- 3 sudu besar sapuan biscoff (jenis smooth)
Cara penyediaan (tapak):
- Mula-mula cairkan dulu butter.
- Kemudian, cairkan butter sama ada panaskan atas api atau masukkan dalam microwave. Dah cair biarkan butter hingga suam.
- Kisar 20 keping biskut biscoff guna blender atau masukkan dalam plastik dan gelek sampai hancur.
- Bila semua dah hancur elok. Tuangkan butter yang kita dah cairkan tadi. Gaul hingga sekata.
- Kemudian, masukkan dalam loyang dan tekan bagi padat untuk dapatkan tapak. Boleh gunakan loyang bulat 8 inci.
- Dah siap masukkan dalam peti ais sementara nak buat adunan cheesenya.
Cara penyediaan (cream cheese):
- Masukkan 500gm cream cheese dalam bekas yang mudah untuk mixer. Kemudian, lenyetkan cream cheese. Seeloknya keluarkan cheese ini lebih awal dari peti ais, tak lah susah nak lenyekkan nanti.
- Bila cream cheese dah sebati dan lembut elok, ketepikan sekejap.
- Dalam bekas lain, masukkan 250ml whipping cream dan 1 ½ sudu besar gula icing. Kemudian, putar sampai kental dan bertanduk.
- Masukkan adunan whipping cream ke dalam adunan cream cheese.
- Tambah 2 sudu besar sapuan biscoff yang ada crunchy.
- Putar mixer sampai semua bahan tadi sebati.
- Dah siap sebati, masukkan dalam loyang yang kita letak tapak biscoff dengan butter tadi.
- Sapu rata permukaan dan masukkan dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam barulah cantik dan mengeras.
- Bila dah dekat 4-5 jam nak keluarkan cream cheese dari peti ais, barulah buat topping.
Cara penyediaan (topping):
- 3 sudu besar sapuan biscoff jenis smooth dipanaskan sama ada kaedah double boil atau masukkan dalam microwave.
- Adunan akan jadi cair dan mudah untuk masuk dalam piping beg.
- Keluarkan cheese cake dari peti ais. Dah beku dan cantik. Jadi cara nak mudahkan kek keluar elok, ambil kain dan rendam dalam air panas sekejap. Kemudian, perah sikit dan lilit loyang dalam seminit.
- Tekan loyang ni ke bawah dan cantik je kek keluar nanti.
- Ambil piping beg yang berisi sapuan biscoff tadi, deko mengikut citarasa di bahagian topping. Tuangkan juga lebihan sapuan pada permukaan kek dan tutup bahagian cream cheese.
- Taburkan kisaran biskut biscoff. Siap!
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!