TFValue Mart

Kek Lobak versi Jimat Barang Dapur

Kek Lobak yang dibuat dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja! 

Hampas lobak merah lepas buat jus jangan dibuang. Simpan kat peti beku. Petang dalam pukul 4 atau 5 tu mesti lapar kan? Haa meh ler buat kek lobak. Anak-anak pun mesti suka sangat ni! Tapi sis Nor Asidah ni siap letak pisang sebagai hiasan. Kreatif! 

Bahan A

  • *Minyak masak/ minyak jagung 2cawan
  • *Gula kastor 2 cawan (kurangkan kalau xnak manis)
  • *Telur gred A 4biji
  • *Esen vanilla 1tudung
  • **Gaul sampai sebati

Bahan B

  • Tepung kek 3cawan
  • Hampas lobak 1cawan (lebih pun xpe sbb hampas ni dah di blend halus)

Cara Penyediaan: 

  1. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dalam bancuhan A
  2. Masukan hampas lobak dan kacau sebati
  3. Bakar pada suhu 150-170°C bergantung oven masing2 selama 60 minit. Dah masak sejukkan baru letak krim cheese

Bahan-bahan untuk membuat Krim cheese: 

  • Tatura 500g
  • Gula kastor 2cawan
  • Buttercup seketul
  • Secubit garam

Cara Buat: 

  1. Putar sampai sebati dan halus tekstur nye.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!