TFValue Mart

Resipi Kebab Daging Cincang Yang Dikenang-kenang

Berjumpa lagi kita dibulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ini sis nak kongsikan menu resepi Kebab Daging Cincang yang sedap dan akan membuatkan semua terkenang-kenang lepas makan. Boleh masuk list nak masak untuk sahur ke, berbuka ke, tak kisah ikut suka lah ye. Ok jom kita mula!

Bahan-bahan:

  1. Tortilla wrap
  2. Daging cincangdaging cincang
  3. ½ biji bawang besar
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Lobak merah
  6. Tomato
  7. Timun
  8. Garam
  9. Serbuk lada hitam
  10. 1 sudu besar sos lada hitam
  11. 1 sudu besar sos tiram
  12. 2 sudu besar sos cili
  13. Mayonnaise
  14. Minyak masak

Cara-caranya:

  1. Masukkan daging cincang, secubit garam, serbuk lada hitam dan bawang putih ke dalam mangkuk. Gaul bagi rata & perap selama 1-2 jam.
  2. Panaskan minyak masak & tuangkan perapan daging. Masak hingga daging berubah warna.
  3. Masukkan sos lada hitam & sos tiram bersama.
  4. Masukkan bawang besar, lobak merah, timun. Gaul rata sehingga layu.
  5. Letakkan sos cili & tomato, gaul bagi sekata. Ok siap dah inti kebabnya.
  6. Seterusnya panaskan tortilla wrap atas kuali selama 2-3 minit. Nak bakar dalam oven pun boleh.
  7. Sapu Mayonnaise atas tortilla wrap yang telah dibakar tadi.
  8. Letakkan inti daging di atas tortilla, nak tambah sayur salad pun boleh. Gulung dengan kemas.
  9. Siap untuk dimakan.

 

Kalau ada yang tak minat nak makan daging, boleh tukar inti nya dengan ayam. Ni kalau buat untuk anak-anak, mesti laju je nak makan kan? hehe. Ha yang penting kalau nak dapatkan barangan yang segar-segar boleh ke TF Value-Mart berdekatan, ada 41 cawangan keseluruhannya tau!

Apa-apa pun jangan lupa pergi tarawih, inilah masanya nak kumpul pahala banyak-banyak kan? hehe.