Selalunya kalau bab kari ni, sis beli je kat luar haha Almaklum la, bila sibuk WFH ni, kadang-kadang tu tak sempat nak memasak ni ūüėā Nasib la ada resepi mudah dari Che Nom ni. Hujung nanti boleh la cuba!¬†¬†

Bahan-Bahan: 

  • 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)¬†
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar¬†
  • 2 biji tomato, potong 4¬†
  • 6 sudu besar serbuk rempah kari daging¬†
  • 2 cawan santan pekat¬†
  • 1 cawan santan cair¬†
  • 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa¬†
  • Sedikit gula melaka¬†
  • Garam secukup rasa¬†
  • 1 senduk minyak, untuk menumis¬†

Bahan untuk dibancuh dengan air: 

  • 1 sudu besar serbuk cili¬†
  • 2 sudu besar serbuk kurma daging¬†
  • 2 sudu besar kerisik¬†

Bahan untuk dikisar: 

  • 1 biji bawang besar¬†
  • 5 biji bawang merah¬†
  • 5-6 ulas bawang putih¬†
  • 2 inci halia¬†
  • 1 inci lengkuas¬†

Cara Penyediaan: 

  1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan. 
  2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah hingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit. 
  3. Panaskan minyak, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus. 
  4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis. 
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging. 
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering. 
  7. Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa. Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!