TF Value Mart

Juadah Di Pagi Hari Raya AidilAdha – Rendang Paru

Hari Raya Aidiladha tahun ni korang beraya di mana? Macam Cik Dee, Cik Dee raya di Key Ell je hihi Dah ada belum juadah untuk hari raya nanti? Kalau belum meh lah sesama kita buat dan hidang Rendang Paru di pagi hari raya. Serius sedap korang! Jangan lupa hidangkan bersama lemang, nasi impit dan ketupat ye. Barulah lengkap!

Selamat mencuba

Bahan:

  • 1kg paru (direbus & dihiris nipis)
  • 1 liter santan
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam keping
  • Rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3cm halia

 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan paru yang telah direbus dan dihiris. Kemudian, kacau hingga rata.
  3. Masukkan santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala.
  4. Bila kuah pekat dan paru empuk, masukkan pula kerisik dan hirisan daun kunyit.
  5. Kacau sehingga rencang, betul-betul kering.
  6. Dah siap, dah boleh hidangkan bersama lemang atau ketupat.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!