TF Value Mart

Jom Buat Sagu Gula Melaka Dengan 3 Bahan Sahaja!

Sagu gula melaka adalah antara pencuci mulut yang disukai ramai! Sesuai sangat untuk berbuka puasa dengan rasa manis gula melaka yang lemak-lemak berkrim. Yang paling bestnya, senang je nak buat dan hanya cuma guna tiga bahan sahaja 😍 Sebelum berbuka tu boleh la buat awal-awal simpan dalam peti sejuk. Senang, cepat, dan confirm sedap! Selamat mencuba~

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sagu
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 kotak santan
  • Air

Cara penyediaan:

  1. Rendam sagu dahulu selama 1 atau 2 jam.
  2. Masak sagu dengan 4 cawan air. Masak hingga tiada putihnya kemudian tapis sagu tersebut.
  3. Dalam kuali mangkuk yang berbeza, panaskan 1 ketul gula melaka hingga mendidih dan pekat sedikit.
  4. Panaskan santan dan letak 1 cawan air. Dan siap!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 49 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!