Selain dari muruku, ada satu lagi kuih atau lebih pada manisan selain laddu yang wajib ada masa Deepavali. Rupanya sama macam murukku tapi yang ni namanya Jalebi!
Jalebi ni kuih kecil berwarna kuning keemasan dan manis. Manisan ni digoreng dalam bentuk pretzel atau bulat, dan kemudian direndam dalam air gula safron untuk mendapatkan warna kejingga-jinggaan. Untuk menjadikan lapisan luar kuih itu rangup, ia direndam di dalam air gula safron lalu dikeringkan. Kuih ini mempunyai tekstur yang kenyal dengan lapisan luar yang bergula. Jalebi semestinya akan melonjakkan citarasa anda!
Selamat menyambut Hari Deepavali pada semua yang merayakannya!
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung serba guna
- 2 sudu besar tepung jagung
- ½ cawan air
- ¼ sudu teh serbuk kunyit
- ½ cawan dadih
- ½ sudu teh baking soda
- Minyak untuk menggoreng
Sirap Gula:
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh jus lemon
- 1 cubit safron
- ½ cawan air/air mawar
- 2-3 biji buah pelaga
Langkah Penyediaan:
- Campurkan tepung, serbuk penaik, air, sebuk kunyit dan dadih ke dalam adunan. Gaul rata dan simpan selama 24 jam untuk ditapai.
- Masukkan ke dalam acuan seperti nak buat roti jala tu.
- Panaskan minyak dan goreng adunan sehingga perang keemasan.
- Angkat dan masukkan terus dalam sirap gula.
- Untuk membuat sirap gula, campurkan gula, jus lemon dan air mawar. Rebus sehingga semua larut dan mendidih.
- Matikan api, masukkan helaian safron dan serbuk buah pelaga. Kacau lagi supaya sebati.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!