TF Value Mart

Idea Masakan Mudah, Daging Masak Paprik Di Pagi Hari Raya Aidiladha

Dah tahu nak masak apa untuk Raya Haji yang bakal menjelang tidak lama lagi? Nah ini ada satu idea untuk korang. Yang penting masakan ni tak renyah tau! Kejap siap pastu boleh la hidangkan dengan nasi putih panas. Jom cuba!

 

Bahan-bahan:

  • 300gram daging (dipotong menjadi ketulan)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • Garam
  • ½ cawan air
  • ½ cawan minyak

Bahan untuk ditumbuk:

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

Bahan perapan:

  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecik garam halus

Bahan sayuran:

  • 4 batang kacang panjang (dipotong empat)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili (dihiris serong)
  • 2 cawan kobis bunga (dipotong menjadi kuntuman kecil)

Cara Penyediaan:

  1. Hiris daging nipis dan lumur dengan kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan daging.
  3. Masukkan sedikit minyak lagi dan kecilkan api. Tumis bahan tumbuk, cili kisar, serai yang dititk dan daun limau purut. Tumi sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan air dan masukkan sos cili, sos tiram, pes tomyam dan kicap manis. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biar kuah masak sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan daging yang digoreng dan sayur. Masak sehingga sayur lembut dan hidangkan.