Homemade Garlic Sauce đŸ¤© Khusus Untuk ‘Hantu’ Garlic!

Siapa yang setiap kali pergi kedai arab minta sauce garlic ni lebih?! Meh lah Cik Dee kongsikan resepi mudah yang kita semua boleh buat sendiri je kat rumah hihi Confirm jadi! Boleh lah makan dengan roti, ayam, nasi dan lain-lain. Yang pastinya sauce garlic lagi paduu dari mayonis kihkih Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan minyak jagung (masukkan sedikit demi sedikit)

Cara penyediaan:

  1. Blendkan semua bahan sehingga dapat tekstur macam mayonis.
  2. Kemudian boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan, boleh keluarkan dan tuang sedikit di atas pinggan.

Note:

  • Simpan dalam peti ais boleh tahan dalam 3 bulan.

Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!