TF Value Mart

Hidangan Pembuka Selera untuk Iftar – Mi Hailam 😍

Ibu2 mesti tengah pening kepala nak masak apa untuk berbuka puasa nanti kan? 😵‍💫 Haaa anda boleh cuba resepi Mi Hailam – sedap dan menyelerakan, memang pilihan terbaik untuk menjadi hidangan utama masa berbuka puasa nanti. Cara penyediaan pun senang dibuat supaya anda tidak perlu garu kepala macam mana nak masak 🤣 Selamat mencuba~

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 200g daging lembu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Stok daging
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji telur
  • Sayuran- lobak merah, tomato, sawi dan taugeh
  • Mi kuning
  • Air bancuhan tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih yang dihiris hingga naik bau.
  2. Masukkan daging lembu bersama sos tiram dan masak hingga daging empuk.
  3. Tuangkan stok daging untuk kuah.
  4. Tambahkan kicap, lada putih, dan lada hitam, kemudian kacau hingga sebati.
  5. Pecah telur ke dalam kuali dan masukkan sayuran, kemudian gaul rata.
  6. Masukkan mi kuning dan tuangkan air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah
  7. Kacau sekejap dan dah siap!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 49 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!

';