Hidangan paling lazat tentu sekali lauk-pauk kampung, tapi apa kata sesekali kita tukar citarasa dengan masakan antarabangsa pulak. Barulah ada kelainan untuk keluarga. Hidangan paella sangat terkenal di negara Sepanyol dan memang salah satu menu utama di negara Mediterranean ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai kuali paella, boleh gunakan kuali yang lebar dan cetek.
Bahan-bahan:
- 2 sudu makan minyak Zaitun
- 2 sudu besar bawang besar-cincang
- 1 sudu teh bawang putih-cincang
- 1 biji tomato- dadu
- 1 sudu kecil paprika
- 1 cawan beras pendek/ Arborio rice
- 1 ½ cawan stok ayam/ makanan laut panas
- 2 sotong-bersihkan dan hiris bulat
- 6 ekor udang Harimau-bersih dan tos
- 6 biji kupang-bersihkan
- 1 tangkai cili merah, buang biji dan potong memanjang
- 1/3 cawan kacang peas
- Sedikit garam
Langkah penyediaan:
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali paella. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tomato cincang, paprika dan beras, gaul rata sehingga beras kelihatan berkilat kemudian masukkan stok ayam atau stok makanan laut. Masak sehingga mereneh.
- Setelah air hampir kering masukkan pula cili dan garam. Kacau rata dan kecilkan api.
- Akhir sekali masukkan udang, sotong dan kupang
- Selepas beberapa minit, udang sudah bertukar warna merah jambu dan kupang terbuka, keluarkan dalam pinggang.
- Sementara itu teruskan memasak nasi atas api kecil, tambahkan kacang peas tutup permukaan kuali dengan alumunium foil.
- Bagi mendapatkan kesan berkerak tingkatkan kepanasan kuali seketika.
- Masukkan semula makanan laut, tutup api dan biarkan selama 5-10 minit untuk memastikan paella tidak panas.
Penggunaan makanan laut boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!