Dah seminggu makan masakan Raya, jom cuba buat masakan kampung pula – Ayam Masak Lemak Cili Padi bersama Sayur Campuran Goreng! Dengan rasa pedasnya dan bau aromatik, hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi putih panas bersama seisi keluarga! Selamat mencuba, semua! 😋✨
Bahan-bahan:
Ayam Masak Lemak Cili Padi
- Ayam siap dipotong
- Kunyit hidup
- 3 – 7 biji cili padi
- Serai
- Ubi kentang
- Santan
- Garam
- Gula Melaka
Sayur Campuran Goreng
- Bawang putih
- Isi ayam
- Air
- Sayur-sayuran
Cara penyediaan:
Ayam Masak Lemak Cili Padi
- Cuci ayam yang dah siap dipotong
- Kisar kunyit hidup dan cili padi
- Letakkan semua bahan ke dalam periuk
- Masukkan serai dan bagi ayam masak sedikit
- Letakkan ubi kentang yang dipotong dan santan
- Kacau sampai masak
- Perasakan dengan garam dan gula melaka
Sayur Campuran Goreng
- Tumis bawang putih
- Letakkan isi ayam dan tuangkan sedikit air
- Masukkan sayur-sayuran dan gaul
Dan siap!
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!