Bila tiba musim perayaan, rendang, lemang, dan ketupat memang wajib ada di meja makan. Tapi kalau anda nak cuba sesuatu lain dari yang lain, Daging Masak Prune adalah pilihan terbaik! Dengan gabungan rasa manis masam prune serta kelembutan daging yang empuk. Sekali rasa pasti nak lagi! Hidangan ini sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba~!
Bahan-bahan:
- Daging 500g
- 4 sudu kicap
- 4 sudu sos tomato
- 2 sudu serbuk kari
- 3 sudu cili kering
- 10 ulas bawang ros
- 1 labu bawang putih
- Halia
- 10-15 biji buah prune
- 2 sudu minyak sapi
Cara penyediaan:
- Gaulkan daging dengan kicap, sos tomato, serbuk kari, dan cili kering. Perap selama 10 minit.
- Kisar bawang ros, bawang putih, dan halia bersama sedikit air sehingga halus.
- Kisar buah prune bersama sedikit air hingga menjadi pes pekat.
- Panaskan dua sudu besar minyak sapi di dalam kuali.
- Tumis bahan kisar bawang hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah diperap, kacau rata dan biarkan ia masak seketika.
- Masukkan pes buah prune ke dalam kuali dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam, gula atau bahan perasa mengikut citarasa.
Dan siap!
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!