Hidangan sayuran Aloo Gobi ni selalu dimakan bersama roti puri atau chapati. Tapi kalau nak makan dengan nasi putih pun ngam! Sekali makan, memang teringat sampai bila-bila, walaupun ia cuma hidangan sayuran atau vegetarian. Rasa rempahnya tu boleh buat ketagih tau.
Sempena sambutan Deepavali yang dah makin dekat, boleh kita cuba sama-sama resepi ni. Cara masaknya pun senang jer. Ke dapur kita!
Bahan-bahan:
- 5-7 biji ubi kentang
- 1 biji Kobis bunga
- 1 biji bawang besar dihiris halus
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia diparut
- 2 biji cili hijau dihiris
- 2 biji tomato dipotong dadu
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil biji sawi
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil garam masala
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar mentega/minyak masak
- 1 pokok ketumbar. Asingkan batang dan daun, hiris halus
Langkah Penyediaan:
- Rebus kentang sehingga empuk. Toskan, kopek dan potong dadu. Ketepikan.
- Panaskan minyak. Masukan biji jintan putih, biji sawi dan bawang hiris. Bila bawang mula bertukar keperangan, masukkan batang ketumbar.
- Tambah sekali serbuk kunyit, serbuk cili dan garam. Gaul sebati.
- Masukkan tomato, halia dan bawang putih. Tambah sedikit air dan gaul lagi. Pastikan api sederhana supaya rempah tidak hangus.
- Bila sudah terbit bau, tambahkan kentang dan bunga kobis yang dipotong kecil. Sebatikan.
- Masukkan cili hijau, garam masala dan tomato. Gaul rata.
- Masakkan dalam 5-10 minit saja, sehingga semua bahan sebati. Siap!
- Hidangkan dengan taburkan daun ketumbar yang telah sediakan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!