Skip to main content

TF Value Mart

Hash Browns with Omelette, Jom Cuba Sarapan Ala Western Ini!

Ada masa, terasa nak breakfast western, kan? Tapi bila fikir nak kena bersiap dan keluar pagi-pagi, terus rasa leceh. Jadi apa kata kita buat sendiri je? Jom cuba Crispy Hash Browns bersama Omelette! Resipi senang, dan semua bahan-bahan boleh dapat di TF Value-Mart. Selamat mencuba!

Bahan-bahan Hash Browns:

  • 2 medium russet potatoes (disagat)
  • 1 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam
  • Minyak masak

Bahan-bahan Omelette:

  • 2 biji telur
  • Butter
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Cheese (optional)
  • Cili merah potong dadu
  • Cili hijau potong dadu
  • Bawang holland potong dadu

Cara penyediaan Hash Browns:

  1. Keringkan kentang dengan tisu.
  2. Kemudian satukan semua bahan dan kacau sebati.
  3. Panaskan minyak masak dan masukan ½ cup kentang dan leperkan sedikit kentang.
  4. Masak kentang hingga garing depan dan belakang kemudian angkat.

Cara penyediaan Omelette:

  1. Pukul telur bersama garam dan serbuk lada hitam
  2. Cairkan butter dalam pan kemudian masukkan cili merah, cili hijau dan bawang holland dan tumis seketika.
  3. Masukan telur, kacau dan biarkan telur masak seketika.
  4. Tabur cheese atas telur yang hampir masak.
  5. Kemudian lipat telur perlahan-lahan dan biarkan seketika selama 2-3 minit atau sehingga cheese mula mencair.
  6. Angkat omelette dan hidangkan bersama hash brown.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!