Siapa yang suka makan cip kat sini? Tapi bosan kan kalau makan begitu je.. Sebab tu lah kita kena buat pencicah! Menu ni confirm ramai suka hihi Guacamole & cip.. Gabungan yang pehh terbaik! Tak perlu nak berlengah lagi, moh kita buat👌
Bahan:
- 1 biji avokado
- 1 sudu besar jus lemon
- ½ biji bawang merah (dipotong dadu)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- ½ sudu kecil ajinomoto
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan daun ketumbar (dihiris)
Cara penyediaan:
- Lenyekkan avokado sehingga lembut. Tambahkan jus lemon
- Masukkan bawang merah, tomato, daun ketumbar kemudian gaulkan.
- Masukkan ajinomoto dan garam
- Gaul sebati dan sedia untuk dihidang
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!