TFValue Mart

Fruit Cocktail – Manis, Creamy dan Easy!

Cuaca sekarang ni lain macam~ Kalau panas tu, tak boleh bawa bincang 🤣 Dan semestinya kita akan craving benda yang manis dan sejuk kan… Sini kita nak kongsi resepi fruit cocktail yang memang buat sedap tekak hihi… Bahan2 yang disediakan pun korang boleh share dalam 3-4 orang. Resepi ni juga sesuai kalau nak buat housewarming atau potluck sebab masa penyediaan pun sekejap je. Selamat mencuba! ✨

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 250ml susu full cream
  • 1/2 tin susu pekat
  • Tembikai
  • Cincau manis
  • Strawberi
  • Buah pic
  • Ais

Cara penyediaan:

  1. Potong buah-buahan dan cincau. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan ais ke dalam mangkuk yang sama.
  3. Tambahkan susu cair, susu full cream and susu pekat. Kemudian kacau sehingga susu larut.

Untuk buah-buahan, korang boleh guna buah kegemaran. Nak tambah lagi pun boleh~~ 😘

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!