Tahu tak bila kita tak pekena nasi satu hari tu, aduh terasa terlepas satu nikmat hihi Jadi hari ini kita nak share resepi menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak Kukus & Ayam Berempah padu! Ofcoz resepi ini dari Che Nom kita, confirm sedap. Kalau korang nak tahu korang tu ada bakat memasak ke tak, moh ler kita sesama try buat resepi ni hihi tapi make sure korang dah lapik perut dulu pasal takut masa memasak resepi ni, korang dah terliur HAHA Ayuh buat! Selamat mencuba semua 🙌
Bahan (Kisar halus):
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 ketul kunyit hidup
- 4 batang serai
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 3 biji buah keras (optional)
- 4 sudu besar air asam jawa
- Sedikit air
Bahan (untuk perapan ayam berempah):
- ½ ekor atau 800g ayam
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk kari
- ½ sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
- ½ sudu kecil garam
- 3 tangkai kari
Bahan (untuk nasi lemak kukus):
- 1 inci halia
- 1 biji bawang merah kecil
- 2 cawan beras basmathi
- 3 helai daun pandan
- 3 cawan santan (sederhana cair)
- Garam
- 1 sudu besar minyak masak
Bahan (untuk dihidang bersama nasi lemak):
- Kacang tanah goreng
- Ikan bilis goreng
- Timun
- Telur rebus
Cara penyediaan (Ayam goreng berempah):
- Hiris kasar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit yg dah dikikis kulit.
- Potong serai dlm anggaran 2 cm panjang.
- Kemudian sediakan rempah yang nak dikisar bersama iaitu biji ketumbar, jintan manis dan buah keras.
- Masukkan kesemua bahan dalam blender dan tambah sedikit air asam jawa.
- Tambah sedikit air dan kisar halus.
- Bersihkan ayam dan toskan.
- Tuang kesemua bahan kisar kedalam bekas ayam tadi.
- Tambahkan cili kisar, tepung beras, tepung jagung garam dan daun kari.
- Gaul sekata kesemua bahan dan perap selama minimum 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
- Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Cara penyediaan (Nasi lemak kukus):
- Hiris nipis halia dan bawang merah kecil.
- Basuh beras dan tos airnya.
- Masukkan beras, hirisan halia, bawang merah, pandan yang telah dikoyak dan santan ke dalam loyang.
- Masukan garam untuk memberi rasa yang lebih berlemak dan sedap rasa nasi.
- Kukus selama 30 minit.
- Goreng sekejap kacang tanah sehingga perang sikit kulit kacang.
- Ikan bilis yg dah basuh bersih, goreng sampai garing dan angkat.
- Hidangkan nasi lemak bersama ayam goreng berempah, sambal tumis, ikan bilis dan kacang goreng, telur rebus dan hirisan timun.
Tips:
- Tuang sedikit minyak ke dalam loyang berisi beras tadi supaya nasi berderai elok bila masak.
- Tutup sekejap dengan penutup kuali supaya ayam masak sempurna di bahagian dalam, dan isi ayam kekal lembut.
- Jangan terus gembur nasi selepas masak, biar sejuk sekejap dalam steamer yang masih bertutup dalam 10 minit, barulah gembur.
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!