Mana peminat kari kat sini?! Pernah tak korang cuba Devil’s Curry? Tahu tak kari ini popular dalam kalangan masyarakat Serani ataupun Portugis dan korang boleh jumpa di Melaka. Lagipun masakan ni pedas tau. Itu yang kena sangat dengan tekak kita rakyat marhaen ni hihi
Meh kita kongsikan resepi mudah, Devil’s Curry ni! Nanti korang boleh la cuba sendiri kat rumah tau. Jom kita buat! Selamat mencuba 🙌
Bahan (Tumis):
- 11 tangkai cili kering
- 3 tangkai cili merah
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 5 batang serai
- 3 biji buah keras
- 1 cawan minyak
Bahan utama:
- 5 – 7 ketul ayam
- 1 biji kentang (potong bersegi)
- 1 labu bawang besar
- 3 tangkai cili merah
- ½ sudu makan biji sawi
- 3 sudu makan cuka
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula
Cara penyediaan:
- Blend bahan tumis.
- Panaskan minyak. Tumis biji sawi sehingga meletup dan mula terapung di permukaan minyak. Tumiskan bahan tumisan tadi sehingga minyak mula pecah.
- Masukkan ayam dan kentang. Biar sehingga empuk. Kurangkan kacau dengan senduk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan cuka, bawang besar dan cili. Gaul sebati sehingga bawang layu. Tutup api.
- Hidangkan bersama nasi putih atau roti.
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!