Maaflah. Harini tekak kepunan pulak nak makan masakan nogori, maklumlah dulu-dulu zaman belajar doket Kuala Pilah hari-hari pekena masak lomak! Ha jangan marah lah ye kalau terhasut ekau semua jugak hihi. Dan semestinya tak lupa nak tampal resepi Daging Masak Lomak Cili Api doket sini, resepi turun temurun mak kepada Fauzie Farid yang memang berasal dari Jempol! Korang pun boleh cuba buat, mana tau esok lusa ada gerai Masak Lomak sendiri kan?
Bahan-bahannya:
- 500 gram daging dipotong
- 3 biji kentang dibelah empat
- 500 ml santai pekat
- 150 ml santai cair
- ½ inci kunyit hidup
- 5 batang serai
- 15 tangkai cili kampung (nak pedas lagi kaw, tambah cili padi)
- 2 keping asam gelugor
- 6 biji belimbing buluh dibelah dua
- Garam secukup rasa
Cara-caranya:
- Daging dihiris tebal sedikit, dicuci dan ditoskan.
- Tumbuk cili api dengan kunyit hidup & sebahagian bawah serai sehingga lumat
- Masukkan campuran cili padi dan kunyit tadi ke dalam kuali, buka api secara perlahan-lahan.
- Tumis sekejap, masukkan daging dan kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati dengan daging.
- Masukkan asam gelugor, belimbing buluh dan santan cair perlahan-lahan. Besarkan api sehingga mendidih dan masukkan sebahagian serai yang dah dipotong.
- Dah mendidih, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk.
- Apabila kentang dah empuk, masukkan santan pekat dan letakkan garam secukupnya.
Sedikit tips untuk semua, kentang jangan biarkan masak terlalu lama ye. Kalau nak tahu dah empuk ke belum boleh tekan kentang dengan sudip perlahan-lahan, kalau boleh potong dengan baik tu maknanya you are good to go!
Macam mana rasanya? Sedap ke idok. Nak ada ‘feel’ masakan tu meh lah berbelanja barangan-barangan fresh dekat TF Value-Mart! Jom singgah beli bahan masakan di salah satu 41 cawangan kami okeh, tentu tak menyesal.