Hii semua! Macam mana tahun baru korang setakat ni?
Apa resepi kita harini? Sudah semestinya yang tengah viral sekarang, Cromboloni ! Dari kita beli, apa kata kita cuba buat sendiri? Korang boleh follow resepi kat bawah ni hihi Kita belajar dulu.. Nanti dah jadi, boleh buat untuk minum petang dengan famili 🤭 Okei, mari lah kitaaa mula👌
Bahan-bahan:
● 250 gram tepung roti
● ½ sudu kecil garam
● 20 gram marjerin cair
● 1 kuning telur
● 125 ml susu cair penuh krim
● 20 gm gula
● 1 sudu kecil yis segera
● ½ sudu kecil garam
● 100 gr Korsvet / pastri marjerin
● Jem coklat coklat berlapis
● Alatan khas, rolling pin
Cara penyediaan:
- Sediakan papan leper kayu atau meja bagi membentangkan puff pastri.
- Sapukan pada puff pastri di atas papa tersebut dan canainya perlahan-lahan guna rolling pin.
- Apabila doh terasa mudah untuk dibentuk serta anjal, anda boleh mula membentuk cromboloni.
- Sila potong pastri dengan memanjang dan lebar ikut citarasa anda.
- Kemudian, susun diatas satu persatu pastri yang anda potong tadi.
- Seterusnya, gulungkan dari hujung ke hujuang secara kemas dan cuba bentukan bulatan bola sehingga doh habis.
- Sekiranya anda inginkan cromboloni yang besar boleh tambahkan sahaja gulungan pastri puff.
- Susun pastri yang dibentuk tadi dalam loyang leper bulat.
- Pukul kuning telur dan sapukan pada setiap pastri yang siap digulung tadi.
- Kemudian, panaskan dahulu ketuhar pada suhu 180 darjah.
- Anda boleh bakar cromboloni lebih kurang dalam 20-25 minit.
- Setelah kelihatan warna keperangan dan masak, boleh terus keluarkan dari api bagi sejukkan ke suhu bilik.
- Apabila cromboloni sudah sejuk, bolehlah sapu jem kesukaan anda guna penyepit dan alat yang tajam untuk membuat rongga ditengah.
- Masukkan jem tersebut ke dalam lubang dengan bantuan piping bag.
- Cromboloni anda sudah siap! dan boleh dinikmati segera bersama keluarga.
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!