Croissant Mac N Cheese Untuk Sahur

Kembali lagi kita untuk beresepi bersama-sama. Tapi kali ini sis nak ajar masak senang-senang je. Ye lah, kadang ada masa bangun sahur ni tak larat nak masak berat-berat, mata pun berat nak celik! Haha. Resepi hari ini diinspirasikan daripada influencer terkenal, tak lain tak bukan Khairul Aming. Tapi sis tukar sikit, KA menggunakan roti putih tapi sis kempunan nak makan sahur Mac n Cheese dengan croissant kosong, jadi….jom kita mula!

Bahan yang diperlukan:

  1. 1 cawan macaroni
  2. 1 cawan susu segar
  3. 4 keping cheese
  4. 1 cawan shredded cheddar
  5. Garam
  6. Croissant kosong
  7. Mentega

Cara Penyediaan:

1) Rebuskan macaroni sampai ia kenyal/lembut.

2) Masukkan fresh milk, kepingan cheese, shredded cheddar & kacau sehingga cheese cair. Tambah sedikit garam untuk cukupkan rasa.

3) Kacau sampai pekat.

4) Belahkan sebahagian croissant.

5) Sapukan mentega di kedua-dua belahan tersebut.

6) Padatkan Mac N Cheese ke dalam croissant. Ulang semula untuk croissant yang lain.

7) Dah siap!

 

Mudah tak mudah? Mudah sangat! Lagi-lagi kalau tak tahu nak buatkan sahur apa untuk anak-anak, boleh cuba buat resepi ini okey. Yang penting dah nak dekat raya ni, boleh lah get ready membeli-belah untuk raya nanti. Barang kering ke basah ke semua ada, semestinya di TF Value-Mart!