Roti Awan sebagai pembuka selera di waktu petang!
Roti awan atau cloud bread ini hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Walaupun dinamakan roti, tetapi teksturnya gebu seakan pavlova dan rasanya manis lebih kurang seperti marshmallow.
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan gula (tak suka manis boleh kurangkan gula)
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 3 biji putih telur
Cara membuat:
- Pukul putih telur dengan mixer sehingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung jagung dan gula, kacau hingga sebati.
- Seterusnya letak pewarna (jika suka). Boleh letak kepingan badam untuk hiasan atasnya.
- Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
Penulis: DD
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!