TFValue Mart

Chili Crab & Mantou Bun Goreng, mesti cuba!

Resepi kali ni memang patut sangat-sangat untuk dicuba ye. Masakan kegemaran orang Singapore yang tidak asing lagi iaitu Chili Crab & Mantou Bun! Uuu dengar pun dah terasa ditekak. Siapa yang sejenis suka makan ketam, ini lauk yang patut awak semua hidangkan pada hari ini. Resepi dibawakan khas daripada Nasser’s Kitchen. Jom kita mula!

Bahan-bahan Lauk:

  • 1kg ketam nipah/bunga yang segar
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • Daun sup

Bahan-bahan Roti:

  • Plain Mantou
  • Minyak

 

Cara Penyediaan Chili Crab:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan hirisan bawang merah kecil, kemudian masukkan bawang putih dan hirisan halia.
  3. Tumiskan sehingga bawang merah nampak garing & berwarna kuning.
  4. Kemudian masukkan cili kering kisar.
  5. Gunakan api yang sederhana supaya bahan tumis tidak hangus.
  6. Bila bahan tumisan kelihatan garing & kering, masukkan ketam.
  7. Gaulkan supaya bahan tumisan disaluti sepenuhnya pada kepingan ketam.
  8. Tambahkan air.
  9. Masukkan sos cili & sos tomato, kacau sebati.
  10. Renihkan hingga 6-8 minit bergantung pada saiz ketam.
  11. Tambahkan gula & garam.
  12. Tambahkan air, tutup & renihkan semula.
  13. Tuangkan telur yang dikacau sedikit demi sedikit.
  14. Akhir sekali tambahkan sedikit daun sup & hirisan cili merah sebagai hiasan.

 

Cara Penyedian Mantou Bun Goreng:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan Plain Mantou kedalam minyak yang panas.
  3. Goreng dengan api yang sederhana.
  4. Terbalikkan berulang kali supaya dapat digoreng sepenuhnya.