Cara Buat Air Cendol
Cendol ni lah antara kegemaran ramai, lagi-lagi bila pekena ketika cuaca panas. Dia punya lega tuuu aduh best teruks! Tekak yang dari haus, terus syok haha Yang penting cendol ni boleh tambah kacang, jagung, durian dan macam-macam lagi lah. Almaklum kita rakyat Malaysia ni sememangnya kreatif. Jadi tunggu apa lagi? Moh ramai-ramai buat resepi Cendol ni kat rumah. Selamat mencuba 🙌
Bahan:
- 100g tepung jagung
- 500g air pandan
- 1 sudu makan air abu.
Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
- Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
- Bila cendol dah masak, tekan ke dalam acuan cendol. (Boleh guna acuan maruku) Boleh guna penapis lubang besar.
- Atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan, picit sewaktu panas ke dalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.
Resepi Cendol (Lengkap)
Bahan-bahan:
- 200g santan kotak
- 2 cawan air
- Sedikit garam
- 1 buku gula melaka
- 1 cawan gula merah
Cara penyediaan:
- Santan dimasak bersama dua cawan air dan sedikit garam. Masak santan sehingga panas. Hati-hati jangan sampai pecah santan.
- Gula melaka bersama gula merah dimasak dengan dua cawan air sehingga larut. Kemudian, tapis.
- Tapis dan masukkan cendol ke dalam mangkuk.
- Letak ais dan masukkan santan.
- Akhir sekali, masukkan gula melaka. Siap! Dah boleh hidang untuk makan bersama keluarga.
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!













